Sudah berapa lama saya tidak megguna bahasa Melayu untuk menaip atau menulis karangan, esei dan artikel selepas peperiksaan STPM .
Kenapalah saya ingin menulis dalam Bahasa Melayu? Tiada apa-apa yang baru dan saya ingin guna masa yang jarang dikosongkan ini untuk menguatkan bahasa ini.
Secara jujurnya, saya bukannya fasih dalam bahasa ini dan bahasa Melayu lah yang menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia. Bagi mereka yang mengambil Hubungan Etnik di IPTA Malaysia, mereka sudah tentu tahu impian dan matlamat negara kita untuk menyatukan lagi perpaduan kaum melalui sistem pendidikan.
Namun, bagi golongan berfikiran konservatif, bahasa Melayu adalah hidup akar mereka dan tidak boleh hilang jejaknya. Untuk mendaulatkan kedudukan bahasa ini, mereka sanggup mengorbankan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
Dari aspek persaingan di antarabangsa, Bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak boleh kurang untuk sesiapa. Bahasa Inggeris adalah cukup kukuh kedudukannya di antarabangsa, sama ada dari aspek Sains, sosial ataupun kemanusiaan. Persaingan antara negara-negara di barat sudah cukup melambangkan penggunaan bahasa ini sebagai bahasa pengantar di antara mereka. Ini adalah simbol era globalisasi.
Cuba lihat dari segi kawasan Asia Tenggara, Brunei, Malaysia dan Indonesia , hanya 3 negara sahaja yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bukannya ingin merendahkan kedudukannya sebagai bahasa ibunda, tetapi, ada kalanya, kita perlu berfikir secara betul dalam keadaan yang betul.
Era globalisasi ialah sesuatu yang amat besar dan secara global. Jika ingin bersaing dengan negara yang lain, kita perlu menguasai bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, kita masih tidak boleh melancarkan penggunaan bahasa Inggeris secara besar-besaran macam tahun 2003 yang lalu. Hal ini kerana, negara kita masih mempunyai kawasan pedalaman yang luas dan penduduk di kawasan ini tidak berfikir secara terbuka untuk menerima sebarang perubahan.
Penggunaan bahasa Inggeris adalah luas sama ada dari segi sosial ataupun sains. Dalam perjuangan mencapai wawasan 2020 , bahasa Inggeris ialah satu jambatan yang menyambung integrasi antara kaum, antara sektor-sektor perkhidmatan dan juga sektor perindustrian.
Jika penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu boleh berada dalam penggunaan yang optimum, saya yakin wawasan 2020 bukan hanyalah impian, tetapi ialah satu kenyataan!
3 comments:
Bahasa Melayu > Bahasa Malaysia. I believe the official name now is Bahasa Malaysia, no longer Bahasa Melayu.
Bahasa Malaysia has failed to unite Malaysians, clearly ...
About your point in order to compete competitively, we must master English. It is actually debatable. Japan and Germany are good examples that you do not need to speak English to stand out. Tokyo, despite being an important Asia financial hub, is using Japanese only as a medium during 99.99% of the time.
The Japanese transportation system is so efficient that its train doesn't depart or arrive early. That alone would put the London Underground to great shame and all this is possible even its people do not speak English. It also has great science projects and is touted as one the the greener countries in Asia.
And by the way, judging how things are done in this "Bolehland", i'd say Wawasan 2020 is just a dream, a great one nonetheless ;)
well, this is because they are really keen in protecting their own culture.. anyway, I just give opinion only. Our land still have much more to improve compare to Germany and Japan because they have been so developed and their mind opened for any critics...so, if our people also dare to accept critics, why not they want to change? not only for English, but also in the sense of Malay language..
Reminds me of today's Malay subj =.="
Just had malay exams today..
=P
Post a Comment